Wednesday, November 19, 2008

WOW!! Bunga dapat Jet Peribadi..




Inilah cerita terbaru tentang pasangan selebriti Malaysia-Indonesia paling sensasi yang baru saja menikah serta mengadakan majlis perkahwinan yang cukup gah di Jakarta, Ahad lalu, Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari.

Menjadi perkara biasa jika menerima barangan elektrik, pakej honeymoon mahupun kereta atau banglo mewah di hari kita bergelar sebagai raja/ratu sehari.

Tapi, apa yang mungkin mengemparkan peminat, pasangan ini cukup bertuah kerana menerima sebuah jet peribadi sebagai hadiah perkahwinan mereka. Asyraf dan bunga akan pulang ke sini dengan menaiki jet peribadi bersama-sama dengan sekumpulan rombongan keluarga Bunga dari Jakarta.

No comments: