Wednesday, November 19, 2008

Fahrin dengan Scha??


Benar lah kata orang, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Fahrin Ahmad, pelakon kacak dan digilai ramai sekali lagi menjadi buruan media. Kali ini, bukan lagi untuk isu 'cinta tak kesampaian' nya dengan Linda Onn..tetapi kisah 'baru bermula' dengan pelakon wanita baru Scha. Scha yang mula dikenali dengan watak sofia dalam drama Bella kini semakin popular apabila kerap muncul dalam iklan komersial, drama dan filem.

Terbaru, Fahrin dan Scha dilihat datang beriringan ke MajlisRumah Terbuka Aidilfitri The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP),baru-baru ini, apabila Zubir sendiri menjemput mereka di lobi hotel.Apabila pasangan dua sejoli itu melintas di depan rakan artis, merekasekadar melemparkan senyuman apabila diusik.

“Kami perlukan masa dalam perhubungan ini,sama seperti pasangan lain. Cuma saya tidak mahu lagi melabelperhubungan saya dan Scha sebagai ‘teman tapi mesra’. Kali ini saya takmahu berselindung, kami berpijak di bumi nyata.” Komen fahrin secara jujur apabila ditanya.

“Saya selesa berkawan dengan Fahrin. Kini, saya sedang mengenalidirinya. Kami mula rapat ketika sama-sama berlakon drama Lemas DalamCinta. Kami berkawan dan lama-kelamaan nampaknya ada keserasian antarakami. Jadi, berilah kami masa,” kata Scha berterus-terang ketika ditemui sebelum majlis berakhir.


Sama cantik, sama padan. Tak salahkan?

No comments: