Wednesday, November 19, 2008

Perkahwinan Mawi berunsur Politik?


Jangan tersalah anggap. Mawi bukanlah ingin memasukkan unsur politik dalam perlaksanaan majlis perkahwinannya disember ini. Tetapi, dia bakal melakukan sesuatu yang unik dari perkahwinan artis-artis Malaysia sebelum ini.

Dia mengundang Perdana Menteri kita, Pak Lah ke majlis perkahwinannya. Apa yang menarik di sini, dia turut mengundang Mursyidul am PAS, Dato' Nik Aziz dan Dato' Sri Anwar Ibrahim. Hmm..nampaknya, 3 kepala politik Malaysia bakal berkongsi meja, meraikan pasangan Raja Sehari..Ekin dan Mawi.

Ekin dan Mawi akan melangsungkan pernikahannya pada 21 Disember ini. Semoga pasangan ini bahagia hingga ke anak cucu. Tahniah Mawi..Ekin!!

No comments: