Sekali lagi dunia seni hiburan digegarkan dengan satu lagi kontroversi..boleh juga disebut sebagai 'peristiwa itu berulang lagi'. Buat pasangan suami isteri, Norman dan Abby abadi, masalah rumahtangga kini bukan lagi satu permulaan tetapi dalam perhitungan. Setelah pernah bercerai pada 5 Mei 2006 yang lalu, kini peristiwa hitam itu bakal berulang kembali.
Norman yangbaru-baru ini ditangkap khalwat dengan pelakon wanita baru, Memey masih enggan melepaskan Abby walaupun isterinya itu berkeras menuntut untuk dilepaskan. Tidak dinafikan, hubungan mereka sebelum ini memanglah tidak seperti pasangan yang lain, tiada lagi kemesraan antara Norman dan Abby. Malah, mereka turut tinggal berasingan sepanjang tempoh Abby mengandung.
“Masih ada kasih sayang saya pada anak dan isteri. Masa solat tadi terbayang anak sulung yang selalu azan. Saya pentingkan masa depan mereka tidak kira apa yang berlaku nanti...bersatu atau berpisah. Saya pasrah apa yang berlaku sama ada bersama semula atau berpisah dengan Abby,” kata Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, setelah selesai solat berjemaah di Masjid Kampung Pandan.
Abby pula yang tegas menuntut cerai daripada Norman, mengakui kecewa dan redha dengan ketentuan Tuhan.
"CERAIKAN saya di sini juga, di depan wartawan sekarang ini juga,"..pertemuan Abby dan Norman di lokasi Gerak Khas yang turut mendapat liputan Melodi masih tidak menunjukkan titik noktah hubungan mereka. Abby baru sahaja melahirkan bayi perempuan ketika peristiwa ini melanda hidupnya. Abby...tabahlah..ramai yang menyokongmu!
Wednesday, November 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment