Wednesday, November 19, 2008
APA status NASH dan Sosilawati?
Pihak Mahkamah Rendah Syarikah Gombak menerusi Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad, sudah membuat keputusan mengesahkan bahawa Nash dan Sosilawati masih lagi bergelar suami isteri yang sah berdasarkan sumpah Nash sendiri.
Nash tampil bagi mengulas kenyataan yang dibuat oleh isterinya berkenaan isu tidak pulang ke rumah untuk satu tempoh yang agak lama.
"Sebagai seorang perempuan, saya hendak tanya awak. Kalau awak sudah berkahwin satu hari nanti, awak kena ikut siapa? Awak kena ikut suami atau suami yang kena ikut awak? Jadi, dalam soal ini, tidak timbul sebenarnya tentang soal saya tidak pulang ke rumah sebagaimana yang didakwa. Sebaliknya, dia sebenarnya yang tidak berbuat demikian" Nash mengulas.
Nash atau nama sebenarnya Jamaluddin Elias, 48 mengaku beliau bertindak sedemikian kerana status perkahwinan mereka masih lagi belum diputuskan oleh mahkamah. "Tidakkah dia tahu bahawa pasangan suami isteri tidak boleh bersama seandainya status cerai mereka mula diragui? Bukankah hukum itu sudah pun termaktub?" tegas Nash.
Mengulas mengenai tuntutan fasakh yang dibuat oleh Sosilawati, Nash memberitahu dia hanya memberitahu perkara yang benar dan menuntut kebenaran.
"Selalunya fasakh itu dilakukan atas sebab-sebab yang tertentu. Antara sebab-sebabnya ialah bila seorang suami itu hilang bertahun-tahun lamanya. Tapi, kalau suami sudah tercongok di depan mata, adakah relevan untuk seseorang isteri itu menuntut fasakh?" katanya dengan penuh makna.
Perkahwinan yang dijalin dengan berkat dan doa peminat kini dilanda badai. Inilah adat berumahtanggga, ada pasang surutnya. Diharapkan agar Nash dan Sosilawati tabah menghadapi dugaan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment