Monday, November 24, 2008
Waheeda dan Ustaz Akhil Hayy?
Mane der...itu semua karut. Memang mereka menjalinkan hubungan, tapi bukan sebagai kekasih mahupun suami isteri. Yang sebenarnya, Waheeda dan Ustaz Akhil Hayy ni sepupu..baru jer terbongkar cerita masa gathering keluarga. So, jangan salah faham yer..
Sunday, November 23, 2008
Fasha the Player...
Gambar Kahwin Zila Bakarin!!
Datuk Sheila Majid
Selepas kecoh dengan isu 'Datuk' Shah Rukh Khan..Duli YAM Sultan Pahang pula telah menganugerahkan Sheila Majid, Ratu Jazz negara dengan gelaran Datuk bagi menghargai sumbangan beliau dalam industri hiburan tanah air. Sebelum ini, ramai juga arits-artis yang mengharumkan nama negara telah dikurniakan pangkat Datuk seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini dan sebagainya..ini mungkin dapat meningkatkan semangat juang di kalangan para artis kita untk memperkembangkan karya dan bakat mereka ke perngkat dunia.
Gambar Kahwin Intan Sarafina
Wednesday, November 19, 2008
WOW!! Bunga dapat Jet Peribadi..
Inilah cerita terbaru tentang pasangan selebriti Malaysia-Indonesia paling sensasi yang baru saja menikah serta mengadakan majlis perkahwinan yang cukup gah di Jakarta, Ahad lalu, Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari.
Menjadi perkara biasa jika menerima barangan elektrik, pakej honeymoon mahupun kereta atau banglo mewah di hari kita bergelar sebagai raja/ratu sehari.
Tapi, apa yang mungkin mengemparkan peminat, pasangan ini cukup bertuah kerana menerima sebuah jet peribadi sebagai hadiah perkahwinan mereka. Asyraf dan bunga akan pulang ke sini dengan menaiki jet peribadi bersama-sama dengan sekumpulan rombongan keluarga Bunga dari Jakarta.
Perkahwinan Mawi berunsur Politik?
Jangan tersalah anggap. Mawi bukanlah ingin memasukkan unsur politik dalam perlaksanaan majlis perkahwinannya disember ini. Tetapi, dia bakal melakukan sesuatu yang unik dari perkahwinan artis-artis Malaysia sebelum ini.
Dia mengundang Perdana Menteri kita, Pak Lah ke majlis perkahwinannya. Apa yang menarik di sini, dia turut mengundang Mursyidul am PAS, Dato' Nik Aziz dan Dato' Sri Anwar Ibrahim. Hmm..nampaknya, 3 kepala politik Malaysia bakal berkongsi meja, meraikan pasangan Raja Sehari..Ekin dan Mawi.
Ekin dan Mawi akan melangsungkan pernikahannya pada 21 Disember ini. Semoga pasangan ini bahagia hingga ke anak cucu. Tahniah Mawi..Ekin!!
Norman pasrah, Abby tak rela dimadu...
Sekali lagi dunia seni hiburan digegarkan dengan satu lagi kontroversi..boleh juga disebut sebagai 'peristiwa itu berulang lagi'. Buat pasangan suami isteri, Norman dan Abby abadi, masalah rumahtangga kini bukan lagi satu permulaan tetapi dalam perhitungan. Setelah pernah bercerai pada 5 Mei 2006 yang lalu, kini peristiwa hitam itu bakal berulang kembali.
Norman yangbaru-baru ini ditangkap khalwat dengan pelakon wanita baru, Memey masih enggan melepaskan Abby walaupun isterinya itu berkeras menuntut untuk dilepaskan. Tidak dinafikan, hubungan mereka sebelum ini memanglah tidak seperti pasangan yang lain, tiada lagi kemesraan antara Norman dan Abby. Malah, mereka turut tinggal berasingan sepanjang tempoh Abby mengandung.
“Masih ada kasih sayang saya pada anak dan isteri. Masa solat tadi terbayang anak sulung yang selalu azan. Saya pentingkan masa depan mereka tidak kira apa yang berlaku nanti...bersatu atau berpisah. Saya pasrah apa yang berlaku sama ada bersama semula atau berpisah dengan Abby,” kata Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, setelah selesai solat berjemaah di Masjid Kampung Pandan.
Abby pula yang tegas menuntut cerai daripada Norman, mengakui kecewa dan redha dengan ketentuan Tuhan.
"CERAIKAN saya di sini juga, di depan wartawan sekarang ini juga,"..pertemuan Abby dan Norman di lokasi Gerak Khas yang turut mendapat liputan Melodi masih tidak menunjukkan titik noktah hubungan mereka. Abby baru sahaja melahirkan bayi perempuan ketika peristiwa ini melanda hidupnya. Abby...tabahlah..ramai yang menyokongmu!

APA status NASH dan Sosilawati?
Pihak Mahkamah Rendah Syarikah Gombak menerusi Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad, sudah membuat keputusan mengesahkan bahawa Nash dan Sosilawati masih lagi bergelar suami isteri yang sah berdasarkan sumpah Nash sendiri.
Nash tampil bagi mengulas kenyataan yang dibuat oleh isterinya berkenaan isu tidak pulang ke rumah untuk satu tempoh yang agak lama.
"Sebagai seorang perempuan, saya hendak tanya awak. Kalau awak sudah berkahwin satu hari nanti, awak kena ikut siapa? Awak kena ikut suami atau suami yang kena ikut awak? Jadi, dalam soal ini, tidak timbul sebenarnya tentang soal saya tidak pulang ke rumah sebagaimana yang didakwa. Sebaliknya, dia sebenarnya yang tidak berbuat demikian" Nash mengulas.
Nash atau nama sebenarnya Jamaluddin Elias, 48 mengaku beliau bertindak sedemikian kerana status perkahwinan mereka masih lagi belum diputuskan oleh mahkamah. "Tidakkah dia tahu bahawa pasangan suami isteri tidak boleh bersama seandainya status cerai mereka mula diragui? Bukankah hukum itu sudah pun termaktub?" tegas Nash.
Mengulas mengenai tuntutan fasakh yang dibuat oleh Sosilawati, Nash memberitahu dia hanya memberitahu perkara yang benar dan menuntut kebenaran.
"Selalunya fasakh itu dilakukan atas sebab-sebab yang tertentu. Antara sebab-sebabnya ialah bila seorang suami itu hilang bertahun-tahun lamanya. Tapi, kalau suami sudah tercongok di depan mata, adakah relevan untuk seseorang isteri itu menuntut fasakh?" katanya dengan penuh makna.
Perkahwinan yang dijalin dengan berkat dan doa peminat kini dilanda badai. Inilah adat berumahtanggga, ada pasang surutnya. Diharapkan agar Nash dan Sosilawati tabah menghadapi dugaan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)